Powered By Blogger

Isnin, 6 Mei 2013

Bicara sendiri

Assalamualaikum..
           Alhamdulillah nampaknya,kita semua sudah baik dari demam,maksud saya demam pilihanraya,sana
sini orang memperkatakan tentang keputusan PRU ke 13,ada yang masih bersedih,dan ada yang berasa
gembira,apa-apa pun kita sebagai rakyat, harus menerima apa jua keputusan,baik di pihak lawan mahu
kawan,namun begitu harus kita ingat,jangan sampai menang sorak kampung atau tanahair kita sendiri ter-
gadai..ingat apa jua yang kita lakukan biarlah berpada,
         Kita berasa amat sedih,dimana bangsa kita berbalah sesama sendiri..sedangkan dipihak lain,hanya
melihat,mentertawakan dan mengambil peluang diatas kelemahan bangsa kita sendiri.oleh itu,walau apa pun
jua fahaman politik kita,demi agama,bangsa dan tanahair,buang lah sifat mementingkan diri,ego,irihati,dengki-mendengki dan paling utama bermuhasabahlah,ingat lah masih ada lagi anak-anak kita yang memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar dari kita,jangan sampai mereka menjadi anak yang kurang ajar.sedihkan bila kita melihat remaja diluar sana terjerit terlolong,menjadi hamba nafsu keadaan,
       Bagaimana keadaan mereka 10-20tahun mendatang...doakanlah yang terbaik buat mereka,dan yang  paling utama ajarlah anak-anak kita cara menghormati sesama mahluk ,pupuklah budaya sihat dan amanah,dan yang lainya biarlah masa dan keadaan yang menentukan,kita tidak dapat menolak ketentuanya,  kita cuma mampu berserah dan mendoakan yang terbaik buat mereka...amin.

Lihatlah...dan fikirkanlah...


Selasa, 23 April 2013

Assalamualaikum semua...

Assalamualaikum semua,kerana sudi singgah dan melayari blog saya,sebenarnya blog ni masih dalam proses
kemas kini,maklumlah,saya ni suri rumah sepenuh masa,sibuk dengan jadual harian,menghantar dan mengambil dua orang anak yang sedang bersekolah,serta sibuk dengan baby lelaki saya dan juga kerja-kerja
harian.
        Terasa jua kepenatan dan kesibukan setiap hari yang dilalui,namun alhamdulilah semuanya dapat diselesaikan walaupun tidak sesempurna mana,Namun begitu atas rasa ingin berdikari,lebih kurang 3 tahun
berlalu,saya pelajari pelbagai jahitan,itu pun atas usaha dan galakan dari suami,serta kawan-kawan.
         Untuk permulaan saya,telah merekabentuk tudung ciptaan sendiri,dah alhamdulilah atas sokongan
kawan-kawan,tudung saya mendapat tempahan dari kawan-kawan.selepas itu saya mula cuba membuat pelbagai jenis tudung,dan sehingga kini atas kepercayaan mereka.
        Alhamdulilah sehingga kini masih lagi mampu untuk meneruskan usaha ini,untuk kawan-kawan dan anda
semua,perkhidmatan kami adalah seperti;
         -Menerima tempahan pelbagai jenis tudung(mengikut citarasa pelanggan)
         -Menerima tempahan tudung secara berkumpulan(sama warna/jenis)
         -Menukar owning tudung(tudung lama/baru atau rosak)
         -Menerima tempahan menjahit langsir
         -Menerima tempahan skirting meja
         -Menerima tempahan tudung sekolah dan Nurse
         -Membuat telekung dsb.
Hubungi: Siti nina di talian 017-2646304(pulau indah pelabuhan klang selangor)
Terima kasih..

Dibawah ini pelbagai koleksi di sertakan,untuk tempahan dan harga boleh terus hubungi nombor saya,terima kasih.